Know your dino

Triceratops

Triceratops is an ornithischian (bird-hipped) dinosaurs. The name Triceratops comes from the Greek words, ‘tri’ means three, ‘kéras’ means horn, and ‘ops’ means face, thus it is a dinosaur with three horns. Triceratops lived in forested valleys in western North America during the late Cretaceous Period (Maastrichtian age, 68 to 66 million years ago). It is an herbivorous dinosaur with horned and fringed head to protect itself against predators.

Triceratops adalah sejenis dinosaur Ornithischia (berpinggul burung). Nama Triceratops berasal daripada perkataan-perkataan Greek, ‘tri’ bermaksud tiga, ‘kéras’ bermaksud tanduk dan ‘ops’ bermaksud muka, maka jelas sekali ia adalah dinosaur bertanduk tiga. Triceratops menghuni lembah berhutan di bahagian barat benua Amerika Utara hari ini pada zaman Kapur Akhir (zaman Maastrichian, 68 hingga 66 juta tahun lalu). Haiwan ini adalah sejenis dinosaur pemakan daun (maun), dengan tanduk dan kepala berperisai untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa.